Salam
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan bagi hampir semua negeri di seluruh negara.Sejak beberapa tahun kebelakangan ini sekolah bukan lagi intitusi yang aman tanpa perubahan.Hampir setiap tahun kita dikejutkan dengan bermacam-macam isu yang langsung tidak membawa kebaikan.Tidak diketahui semua ini sekadar sandiwara politik atau benar-benar bertujuan untuk memantapkan institusi persekolahan.Seringkali perbicaraan berkenaan setiap isu menjadi buah mulut guru-guru dibahagian pentadbiran sekolah.Selepas isu berkenaan telefon bimbit dan yuran peperiksaan, kita dikejutkan lagi dengan pemansuhan yuran persekolahan.
Berita ini nyata memberi tamparan hebat buat pentadbiran sekolah diseluruh negara.Setelah sekian lama yuran dikutip bagi menampung kos untuk menjalankan kelas tambahan,klinik-klinik peperiksaan,aktiviti sekolah serta ujian dan peperiksaan.Biarpun berita ini merupakan khabar gembira buat para penjaga namun senario berbeza buat para guru.Sesetangah pihak berpendapat ini hanya satu sandiwara politik untuk memenangi hati rakyat kembali..Ini menjanjikan perjalanan yang semakin berliku untuk sekolah dalam memajukan modal insan diseluruh negara terutama di sekolah-sekolah harian.
Tidak dinafikan ada golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan sepenuhnya.Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu rakyat dari kelas sederhana juga dijangka akan menerima kesannya. Namun begitu pihak sekolah bukanlah kejam dan masih boleh bertolak ansur.Yuran boleh dikurangkan atau dibayar secara ansuran sehingga akhir tahun perskolahan berkenaan.Apa yang nyata sekolah tetap menawarkan pelbagai kemudahan untuk membayar yuran tanpa memberi tekanan.Seharusnya yuran bukanlah satu isu yang wajar dianggap membebankan sekiranya para penjaga inginkan anak-anak mereka beroleh pencapaian yang membanggakan.
Manusia bukan hidup di alam fantasi dimana semuanya sempurna tetapi di dunia yang penuh pancaroba.Muda-mudi zaman sekarang tidak lagi menjadikan sekolah sebagai rumah kedua sebaliknya pusat membeli-belah dan pusat-pusat hiburan merupakan rumah kedua mereka.Ada diantara mereka yang hanya pulang ke rumah hanya untuk makan,tidur dan menukar pakaian.Masa senggang dihabiskan dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Jauh di kawasan perkampungan para pelajar menghabiskan petang dan malam mereka dengan melepak di kedai-kedai makan dan di persimpangan jalan.Perkara ini langsung tidak dilihat sebagai mebimbangkan oleh para penjaga dan pemimpin.Tambah menyedihkan adalah mereka ini berbangsa Melayu.Ibu bapa sanggup berhabis duit membelikan motor untuk kemudahan anak-anak mereka yang kemudian disalah guna.Bermula dengan aktiviti seperti ini para pelajar mula berjinak-jinak dengan rokok dan lumba haram.Fenomena ini kelak akan merebak ke seluruh negara kerana sekolah-sekolah tidak lagi mampu untuk membiayai kos untuk menjalankan aktiviti bagi mengisi mase terluang para pelajar.Apakah tiada orang atasan yang punya 'insight' tentang masalah yang bakal melanda?
Ilmu tanpa amal seperti pohon tanpa buah.Perumpamaan ini boleh dikaitkan dengan pelajaran di sekolah tanpa latihan.Bukah mudah untuk kita memahami sesuatu yang baru andai kita tidak melihat dan mendalaminya dari pelbagai sudut.Disinilah latihan akan memainkan peranan penting untuk membantu meningkatkan pemahaman berkaitan sesuatu subjek.Kelas tambahan buat para pelajar dalam tahun peperiksaan membantu mereka mepersiapkan diri untuk menghadapi peperiksaan dengan latihan-latihan pengukuhan.Dengan yuran yang dipungut akan digunakan untuk memberi saguhati buat guru-guru yang mengadakan kelas tambahan.Klinik-klinik menjawab soalan pula memberi gambaran awal tentang sesuatu peperiksaan selain memberi pelajar tips-tips berguna untuk menghadapi peperiksaan.Tanpa yuran yang menjadi 'penaja' untuk semua aktiviti ini selama ini,pihak sekolah tidak lagi mampu menganjurkan aktiviti pemantapan pelajar.
Buka mata dan telinga.Jangan menjadi buta hanya kerana punya agenda tersendiri.Institusi sekolah bukanlah sesuatu yang wajar dipolitikkan.Kaji sedalamnya dan berbincanglah dengan mereka yang terlibat dengan pentadbiran sekolah seperti pengetua dan penolong kanan.Sebelum membuat sebarang keputusan perlulah punya 'insight' tentang punca masalah dan akibatnya.Jangan kelak kita sendiri yang akan rugi
Monday, January 5, 2009
4 comments to “Yuran Sekolah”
-
Unknown
January 5, 2009 at 3:30 PMhahahahaha
aper nk wt
ak prents n rmai fmily cikgu
hri2 prents ak bncng psal sekolah
terjebak gk aku
-
Suraya I.
January 5, 2009 at 4:37 PMlol..
cmtu plk ek..
-
Unknown
January 5, 2009 at 7:07 PMhahahaha
pelik ker?xpn kn
dlu ak pn igt nk jd cikgu
January 5, 2009 at 2:04 PM
tau xpe..
ak da mls da ambek tau psl politik..