salam...
detik yang dinanti pun tiba
aku mengandaikan jikan dia membaca nukilan ini pasti empunya badan juga tahu 
siapa 'dia' yang aku maksudkan selama ini
saat-saat bersama disini banyak mengajar dan mendewasakan
ada kala kita tak lepas dari melakukan kesalahan
dalam pada kita cuba bersenda dan bergumbira
dia akan kembali.kembali ke tempat untuk mengejar masa depan yang lebih cemerlang
masa penghalang yang tidak mampu kita kawal
mungkin sedar mungkin tidak
tapi masing-masing sudah menyatakan hasrat dihati.cita-cita yang terpendam
hormat.jujur.sabar
kata kunci yang aku pegang kali ini
aku hormat akan pegangan dan cita-citanya
aku perlu jujur dengan diri sendiri.aku juga perlu menhabiskan pengembaraan ini
kita tidak boleh mengawal masa.namun sabar mampu menidakkan masa
malam nanti jarak antara kami akan mula bertambah
bukan ratusan sahaja.kali ini mungkin melangkau ribuan kilometer
namun aku bersyukur.ciptaan berteknologi akan membantu kami meneruskan
asas yang kami bina.agar tiap tiang yang ada kukuh menupang langit
agar awan kelabu tidak jatuh menimpa
bukan hujan air mata atau kebencian yang kami pinta
Ya ALLAH kau bantulah aku
jika itu jodoh yang ditetapkan sejak azali
aku memohon petunjuk-MU agar ia akan terus kekal abadi
amin.....

date Sunday, August 30, 2009

sekarang.hampir 30 minit melepasi pukul 9


semenjak memasuki sessi latihan

aku terlupa tentang sesuatu

tentang apa itu menghitung detik

ya.detik yang kita hitung pabila menghampiri waktu-waktu kritikal

aku tak mengira waktu untuk ujian.kuiz.peperiksaan akhir

tapi masa tampak semakin suntuk

aku benci akan situasi ini

bantu.aku perlukan bantuan Mu Yang Esa

date Friday, August 28, 2009

Salam...


At the moment it is 20 minutes pass 12 which means its already 26th August 2009.I'm almost a week older compared to last week.By the way let see where am I after one five of a century.

Nama : Imran Bin Abdul Halim Zaki

Tempat tinggal : Kg Fajar Harapan, Bongek
      village 'x', UTP
      Masjid Tanah (Internship)

Nationality : Malaysia

Status : Single (loser sebab dah kena tinggal)

Dibesarkan : 0-12 tahun -> Rembau,Negeri Sembilan (include rumah wan,tadika and sekolah)
       13-17 tahun -> SM Sultan Abdul Halim bersama Extreme yang lain.
       18-22 tahun -> UTP + PP(M)SB (lecture hall,semua poket,MCB & scr2)

Do I have any passport? : 1 (more than a decade back)

Preferred music : Any music will do but I do listen more english songs rather than malay

Preferred movies/drama : Action movies macam transformer. and bukan yang macam pepaya. 

Preferred food : Masak lemak cili api

Secara ringkas aku tak bergerak jauh pun.Pengalaman hidup pun sikit.Tak sedalam dan seluas mana kalau banding dengan tasik UTP.Masih ditakuk lama.Macam majoriti remaja yang dipengaruhi oleh barat.Biarpun dengar lagu inggeris,tengok drama inggeris dan belajar dalam bahasa inggeris, at the end aku cari jugak durian,belacan and masak lemak.


date Wednesday, August 26, 2009

salam......


kata orang tua-tua

yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan

ambil yang jernih tinggalkan yang keruh

kerana apa?

kerana manusia sering melakukan kesilapan

dan

tidak mahu pisang berbuah dua kali

tak mahu nanti sudah terhantuk baru nak terngadah

tapi aku

kadang kala optimis dalam melihat masa depan

aku anggap yang lepas ada hikmahnya

ada kalanya aku pesimis

aku melihat yang lepas sebagai satu kerugian

sesuatu yang mengecewakan

aku harapkan perubahan bersama Ramadhan

aku mahukan hari mendatang membawa perubahan

aku mahukan hari mendatang yang penuh dengan kebaikan

agar aku mengerti apa hikmah disebalik kejadian

Amin.....

date Monday, August 24, 2009

hari ini,23 ogos 2009


hari kedua puasa sudah berakhir

masa juga berlalu meninggalkan aku

aku berasa sangat rugi dan sedih

aku telah kehilangan 48 jam untuk beribadah

kelak dia juga akan berlalu

owh masa.bolehkah kau berlalu lebih perlahan

esok kembali bekerja.malasa rasanya.beban kerja juga bertambah

owh hidup.ku tahu kau tak kejam.cuma aku yang gagal memanfaatkan peluang.masa yang terhidang

date Sunday, August 23, 2009

1. Do you need him/her to be good looking?

-yang sedang-sedang saja.kalau cantik kira bonus la...

2. Smart?

-kemas itu perlu tapi tak nak yang terlalu particular.susah hidup aku nanti.

3. Preferred age?

-preferable same age.

4. Preferred height?

- berdiri sama tinggi,duduk sama rendah.rendah sikit pun boleh.

5. How about sense of humor?

-perlu ada.kalau tak siapa  nak ceriakan aku bila aku sedih.

6. How about piercings?

- since tak nampak whether dia ada piercings or not,its up to her

7. Accepts you for who you are?

- sure.a couple should accomplish partner weakness.

8. Pink hair?

-aku rasa rambut dia hitam.

9. Mushy or no?

- not so sure.tapi a bit macam ok.

10. Thin or fat?

- so-so  dah cukup.chubby sikit pun ok gak.

11. Black, Brown or White (skin color)?

- brown la.klo white pun aku tak kesah.

12. Long hair or short hair?

-wallahualam.dia simpan dalam tudung.tak boleh nampak

13. Plastic or metal?

- soalan ni aku konpius.tapi klo she can be as strong as metal pun ok.easily moulded ike plastic pun ok.both la.

14. Smells good?

- 100%

15. Smoker?

- ban

16. Drinker?

- drink water daily boleh.drink alcohol no.

17. Girl/Boy-next-door type?

- taklah.jiran punya anak semua dah  kahwin.

18. Muscular?

- kalau berketul mati aku kena titik.

19. Plays piano?

- kalau dia reti why not.boleh ajar anak kemudian.

20. Plays bass and/or acoustic guitar?

-acoustic la.

21. Plays violin?

- alat muzik apa pun aku tak kesah.klo boleh bonus la.

22. Sings very good?

- tak payah la.nanti dia nak jadi artis

23. Vain?

-tak perlu la

24. With glasses?

- tak kesah pun.pakai sunglass sama-sama lah.

25. With braces?

-calon yang ada tak ada problem gigi

26. Shy type?

- 50-50.a bit la.nanti dah adapt ok kot.

27. Rebel or good boy/girl??

- no need la bad  girl.naughty sikit pun ok.aku dah cukup jahat.

28. Active or passive?

- active skit ok gak.boleh ajak main ragbi.pergi jogging ke.

29. Tight or bomb?

-tak paham soalan ni.

30. Singer or dancer?

- tak sure die mana satu.

31. stunner?

- confirm bukan.

32. Hiphop?

-sopan santun la.bergaya yang sederhana.

33. Earrings?

- tanya empunya badan.

34. Mr/Ms. count-my-ex-girlfriends-until-you-drop?

- apa la soalan nih.

35. Dimples?

-pun ok kalau ada.

36. Bookworm?

-a little la.aku pun baca gak buku.tapi very little.

37. Mr/Ms. love letter?

- sekarang guna sms@email.card maybe once in a while.letter pakai pos tak mungkin.

38. Playful?

- sikit jer.nanti gurau takut die terasa.sangat bahaya.

39. Flirt?

- dengan aku cukuplah.dengan orang lain tak payah kot.tapi masing-masing da besar so lu pikir la sendiri.

40. Poem writer?

- if she can that can be wonderful.

41. Serious?

- at the rite time and place.

43. Painter?

- not really.

44. Religious?

- better than me.boleh tolong aku yang naif ni.

45. Someone who likes to tease people?

- ok gak.boleh lawan teasing.

46. Computer games geek? Or internet freak?

- roughly i say no.

47. Speaks 20 languages?

- sure not

48. Loyal or faithful?

- both.tamak sikit la.

49. good kisser?

- 10 over 10..

50. loves children?

-a yes.siapa nak tolong jaga anak.nanti anak bersepah merata pulak.

date Saturday, August 22, 2009

Salam

Buat seketika aku menarik diri dari arena penulisan blog.Tidak terlalu singkat juga tidak terlalu lama.Rindu?Ya rindu itu yang kembali mengetuk pintu hati aku untuk kembali mencoret kisah hidup disini.Aku sudah muak dan jelik dengan cerita politik Malaysia.Negara kecil,parlimen besar.Kepimpinan baru sibuk memperbetulkan apa yang sudah salah dimsasa lepas.Aku juga benci dengan propaganda barat yang mengharu-birukan dunia.Disana mereka ceroboh konon ingin mewujudkan keamanan.Dalam diam mereka cuba campur tangan di tempat lain.Terlalu bangga dengan kuasa.

20 Ogos aku melangkah setahun lebih tua dari sebelumnya.Hidup ada masa tak adil dan kejam.Pembalasan.Perkataan itu yang aku pegang atas segala permasalahan yang aku hadapi.Rezeki pula petanda ada berkat disebalik usaha aku selama ini.Sebelum aku pergi menjengah Jenan aku dah terima hadiah hari lahir.Sebelum tengah malam 19 Ogos sudah ada yang mengucapkan selamat hari lahir.Tidak sampai ratusan namun hujan ucapan datang dari teman-teman dijenan.Masih kukuh ingatan ditambah dengan bantuan ruang sosial di alam siber.Teman-teman dari UTP juga tidak melupakan aku.Terima kasih buat semua yang memberi ucapan.Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Amin.

Sekarang aku dirumah.Menenangkan fikiran.Kacau bilau.Itu roman fikiran aku.Kerja dan masalah dirumah memang membingungkan.Mujur ada teman-teman dari pelbagai tempat untuk aku berkongsi masalah.Keluarga merupakan satu jalan keluar yang baik.Dirumah suasana lebih tenang dengan persefahaman yang lebih tinggi.Masa dihabiskan dibawah selimut pagi ini.Baru malam tadi pergi menikmati makan malam di pondok pizza.Sedap tapi harga sedikit mahal.Apa pun yang terjadi, untuk 72 jam lepas aku gembira.Abang-abang di tempat kerja, keluarga dan teman-teman membuatkan aku tenang dari masalah seketika.Akhir kata selamat berpuasa.Jangan ponteng dan jangan lupa tarawih.Berjimat semasa puasa supaya kaya bila raya.

date











date Tuesday, August 18, 2009

Salam
Last Thursday I received a new friend.He came from the Land of the Kangaroo.Thanx to the person who bought it for me.A present in advance.







date Sunday, August 16, 2009

salam
after a wonderful week I
my mind suddenly keep guessing
was this relationship is true
was she accepting me
or this is just another lie
a day dream
something created by my own imagination
GOD...
please guide me
I'm not prepared to receive any blow
no more big blow in my life
I've try hard to throw the feeling away
but
the harder I try the closer it come to me
however
words might be deceiving
playing with words gonna bring more damages
but words do bring joy
words bring happiness
it is just that i'm too afraid to fall in **** once again
an abrupt end of it
gonna destroy most of the thing
why live is so mean?

date

Salam...

Aku baru arrived dari Kedah.Kembalinya aku dan teman-teman seperjuangan ke Jenan, ingin membantu adik-adik yang baru ingin kenal dunia.Jutaan terima kasih buat Piji dan ahli lembaga pengelola.Juga jutaan tehniah buat semua bekas pelajar yang turun.Tanpa anda aktiviti pasti tidak menawarkan satu kelainan.Dengan kehadiran anda kita berjaya menwarkan satu skop yang luas untuk pelajar dari tingkatan 4 dan 5.Semoga kita dapat menawarkan lagi aktivit yang sama ditahun hadapan.Good Luck everyone.....

date

esok hari khamis
saya akan ke jenan
home sweet home
saya akan juga pergi bersantai dengan .........
suraya tolong jangan hack cctv polis untuk stalk aper aku buat
lagipun.laptop kau dah takziah

date Wednesday, August 12, 2009

Salam....
kata pak jat "awek mana nih?"
kata zeema "hisyh..biler nk reveal ni..asek hint je.."
kata suraya "yo yo..sapekah?" (rappers fox)
andai panjang umur.ku umumkan siapa dia
andai tidak.andai nafas ku terhenti
semua akan kekal rahsia
dia juga.belum tentu pasti siapakah yang aku sebutkan.
dia juga.punya pegangan dan prinsip
seperti dia.aku ada cita-cita
aku masih punya setahun di sana
jika murah rezeki.diizinkan Tuhan
kelak tetap akan bersama
jadi teman.usah tertanya-tanya.masanya akan tiba.hanya berdoa

date Sunday, August 9, 2009

0Ver1Ew


dAri kiRi


uDaNg, kEntAng, saWi n bRok0li


rEadY t0 gO tHr0uGh thE sTomach


date Thursday, August 6, 2009


Salam teman-teman.......
gambar teman serumah di minggu ke 10







Haiqal si suri rumah










rumahku syurgaku

date Tuesday, August 4, 2009

salam....
semalam aku berduka...
aku serba kekurangan
aku kurang profesionalisme...
aku kurang mahir mengawal emosi...
saat itu juga
aku sedar dalam diam aku menikam....
menikam dari belakang harapan yang baru mahu bernafas
aku seperti mahu membunuh
hubungan yang belum pun lagi mekar bunganya....
tapi hari ini
mentari kembali bersinar...
yang keruh kembali jernih..
kami buka semula lembaran semalam
kami tutup noda hitam dengan helaian putih
kami corak helaian itu dengan manis bicara
kami warna dengan gelak tawa
kami serikan dengan panggilan manja
namun begitu aku cuba menduga....
kelak adakah dia sudi kiranya
menerima aku seadanya..
andai aku tidak kaya dengan harta
bukan berpangkat tinggi seperti pembesar raja
................
bersambung.......

date Monday, August 3, 2009

Salam...
last week sempat bicara sama Abg. Ros,
kata Abg Ros,
"Cinta ini akan wujudkan something macam 6th sense.Bila kita terpikir nak telefon dia tibe-tibe die akan telefon kita."
tapi aku tak tanya kalau yang belum luahkan perasaan benda ini valid tak....
and aku pun tak tahu whether quarrel pun masuk gak kategori ini...
i wish i'm perfect....
even though it's just friendship
i don't want to hurt her...
a short period available for us...
marred by quarrel and emo
i'm the one guilty
it's seem to be that i'm still the fuckin loser..
i lost my soul for tomorrow...
it will be another lazy day....
this is disaster

date Sunday, August 2, 2009

Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini.
  1. Seorang pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi PETRONAS
  2. Minat mengabadikan pelabagai perkara kedalam foto.
  3. Juga seorang peminat Red Devils (bukan Selangor yang menang liga super) yang waras dan tidak terlalu mendewakan kelab tersebut.
  4. blogger.Ya beliau penulis blog juga seperti saya.Sering menulis tentang lelaki,perempuan dan dot dot dot.
  5. Mudah mesra dengan teman di sekeliling tanpa mengira apa-apa.

Nyatakan 5 fakta diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.

  1. Sangat sukakan ragbi.memang ragbi tak boleh layan perasaan aku tapi ragbi memang best.
  2. Menjalani praktikal di PPMSB yang mewah dengan makanan enak-enak.
  3. Sedang bertarung untuk megurangkan saiz pinggang yang telah meningkat sejak mula menjalani latihan di PPMSB
  4. Kembali mewarnai arena blog selepas membuang sedikit kemalasan dan menambah kerajinan.
  5. Tak kaya harta benda.Tak hensem dan bergaya.Tak manis mulut dengan ayat cinta.Pendek kata tak ada yang istimewa.Yang ada insan yang biasa.

Nyatakan 5 hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

  1. Main ragbi.Dari realiti sampailah ke permainan di alam maya.
  2. Pergi jalan-jalan untuk menenangkan fikiran
  3. Blogging
  4. Menangkap foto
  5. Chatting menerusi pelbagai saluran internet

Anda perlu memilih 5 penerima award seterusnya dan describe mereka

  1. Suraya - tengah bercuti bersama keluarga
  2. ain ilyana - sweet little girl yang semakin busy
  3. amizah - si genit di pantai timur
  4. bobo - idola aku sepanjang masa
  5. zeema - rakan se-course

date