Salam
Hari ini Jumaat, 19 Februari 2010 aku cuti secara tak rasmi.Aku mula dengan overview blog ini dimana kadar pengeluaran 'post' meningkat dengan mendadak bagi tempoh seminggu bermula dari Jumaat lepas.Secara jujurnya fenomena ini bukan disebabkan oleh kerajinan untuk menulis yang meningkat tetapi kerana aku punya seribu satu permasalahan yang berlegar di minda.Tidak cukup dengan konflik dalaman, persekitaran yang terdekat juga tidak lupa datang menghimpit.Kali ini kita persetankan dengan isu dalaman dan masalah peribadi.Kelihatan mencari publisiti murahan dengan masalah remeh peribadi sendiri.
Merujuk kepada tajuk untuk 'post' pada kali ini pasti anda merasakan yang terkeluar adalah menu pelik dari gabungan semua bahan yang dinyatakan.However itu salah sama sekali kerana itu adalah menu dinner aku.Penulis yang menginap dikayangan nyata sukar mendapat motivasi untuk makan setelah kehilangan sumber makanan berharga dikafe berhampiran.Menge-pau 3-in-1 Ais Kool dari Nabil dan menyediakan main dish dari sebungkus maggi dan 4 batang sosej yang dikerat 3 setiap satunya menggunakan air panas.Tidak sehat,kalori tinggi dan sememangnya jauh dari amalan diet harian.Pakar nutrisi mungkin boleh meninggal sakit jantung melihat kombinasi yang membinasakan ciptaan aku sendiri.Tidak dinafikan hari ini kadar penggunaan tenaga amat sedikit lantaran tiada kelas dan juga latihan ringan dipadang.
Isu pengambilalihan secara total oleh konsortium de Jernih nayata hangat dan terus mengam bil tempat dikalangan pelajar UTP terutama pelanggan-pelanggan tetap Nasi Lemak Al-Quds dan makanan western.Dalam masa yang sama ada yang cube melihat positif disebalik pengambilalihan ini.Dalam cube menjadi neutral saya masih bole mengatakan saya tetap kecewa dengan apa yang telah terjadi.Dari segi pro-nya aspek kebersihan boleh dikatakan ada perubahan.Tidak dinafikan meja mula dibalut dan ada yang mengatakan sudu dan gapu juga dibalut dengan tisu (sesungguhnya penulis tidak lagi terjumpa situasi tersebut).Satu pro yang dapat penulis ketengahkan berdasarkan pembacaan dilaman web sosial.Tidak dinafikan promosi untuk menarik pelanggan juaga hebat seoerti kain rentang yang bewarna-warni.Sejuk mata memandang.
Negatifnya pengambilalihan ini tidak kurang hebatnya.Highlight pertama adalah kurangnya variety pilihan menu untuk makan malam.Semalam penulis ada diskusi di kafe v5 dan sempat menjengah nasi lemak yang dihidangkan.Mengecewakan.Penulis yakin apa yang dirindukan para pelajar bukanlah nasi lemak tetapi menu-menu yang ditawarkan.Pasti ramai yang rindu menu ayam percik untuk makan tengahari.Menu istimewa seperti kari kambing,rendang daging,samabal kerang,telur dadar dengan bawang dan pelbagai menu lagi dari pengendali sebelumnya.Siapa pengendali bukan isu tapi kepuasan menikmati makanan isunya disini.Dari lidah penulis sendiri,Nasi Lemak Al-Quds menawarkan menu yang menyelerakan yang sukar diperoleh dari pengendali lain di UTP ini.
Pekerja ramai tetapi service lambat.Perkara ini memang berlaku sejak dulu lagi.Pengendali utama sebelum ini juga gagal menawarkan servis yang efektif.Masih lagi penulis ingat sewaktu menjamu selera dikafe minggu lepas dimana longgokan pinggan dan cawan dapat dilihat dimeja makan.Pada siang hari minggu ini pemerhatian teman-teman dan penulis mendapati pekerja konsortium hanya sibuk bermain telefon bimbit dan kehulu kehilir.Tiada naik taraf boleh dilihat disitu.Dari aspek penyediaan makanan juga tiada perubahan.Ada teman mendakwa dihidang dengan menu mengandungi serangga yang tidak boleh dinyatakan.Ada juga menyatakan dihidangkan makanan yang was-was kebersihan sewaktu penyediaan lantaran bau kurang menyenangkan pada hidangan tersebut.Teman sepermainan juga mendakwa kualiti masakan bergoreng dihidangkan tidak se-gah mana.
Lantang merupakan istilah yang tepat untuk penulisan aku menghentam apa yang ada.Secara jujurnya pada pendapat aku students nak mengetahui apa sebenar yang terjadi.Atas dasar apa pengendali makanan yang terdahulu dialihkan.Telus.Rasanya pelajar memprotes bukan atas dasar cuba memusnahkan periuk nasi orang lain.Dah aku nyatakan perubahan yang dibuat terlalu drastik dan kualiti yang ditawarkan tidak mampu menandingi apa yang ada sebelumnya.Harus diingat pelajar tidak lagi mencari sekadar makanan yang murah tapi kepuasan menikmati sesuatu hidangan.Biarpun aspek kebersihan ada peningkatan,dakwaan lain juga perlu disiasat.Jujur aku katakan hidangan yang ditawarkan tak membuka selera dari mata kasar.Pengalaman menikmati makanan sewaktu cuti dan hari biasa juga membuatkan tekak aku kembang.Jujurnya aku tetap merindui pengendali sebelumnya.

date Friday, February 19, 2010

2 comments to “milo ais kool, 4 batang sosej dan sebungkus maggi ayam”

  1. miss qiqinn
    February 20, 2010 at 9:28 AM

    meh makan kat v4 mehh.. (^_^)

  1. Unknown
    February 20, 2010 at 9:49 AM

    aish
    xmaw ler
    jauhnye
    nk pgi