Salam...
Baru petang tadi aku melihat status mR. saMmy difacebook cuba meyakinkan bahawa apa yang dilakukan olehnya bukan sesuatu yang semulajadi.Bukan juga sesuatu yang menjadi amalan beliau selama ini.Pulang dari padang aku lihat didashboard blog mR. samMy post yang saling tak tumpah dengan status difacebook beliau petang tadi.Secara asasnya boleh aku katakan sesuatu yang tidak lari dari norma manusia yang sayang akan seseorang.
Saban hari kita mengucapkan sayang dan perkataan itu sama sekali tidak dimiliki oleh manusia secara abadi.Manusia melafazkan perkataan untuk cuba menzahirkan perasaan yang berbuku dihati.Kita sayang pada ibubapa,kita ikut perintah mereka.Sayangkan agama kita berkorban apa yang termampu.Sayangkan adik-beradik kita nasihatkan.Sayang kawan-kawan kita ambil berat dan tolong-menolong.Sayangkan kekasih?Tidak semudah dengan keluarga sendiri kerana kekasih bukan seseorang yang secara terus punya pertalian dengan kita.
Seperti mana majoriti remaja pada masa kini,aku pun pernah jatuh cinta.Kata orang cinta itu buta dan lautan api pun sanggup kita renangi.Tapi kalau kail panjang sejengkal jangan laut hendak diduga.Bukan semudah yang disangka cuba untuk menzahirkan rasa cinta pada seseorang.Tambah sukar untuk membuatkan seseorang faham betapa dalamnya cinta.Kalau rajin dengar HOT fm boleh dengar lagu Aizat bertajuk Silang Kata (kalau salah maaf la ek). Tapi itu mungkin perumpamaan yang tepat untuk kita gambarkan cinta.
Lebih dari 3 tahun dahulu aku pun pernah jatuh cinta.Mac 2007 hingga Disember 2007.Jangan salah yang aku bukan seorang 'player' (player ragbi bukan kategori ini).Tapi mungkin bukan rezeki.Perkara dan luka lalu jangan diungkit.Kelak berdarah meratap sendiri.Cinta jarak jauh merupakan pengalaman pertama aku.Kata orang yang penting kejujuran dan ketelusan.Disebabkan jarak pemisah yang tak berapa jauh aku juga sering mengambil langkah berjaga-jaga.Sering menasihati dan sering mengingati,namun semua disalah erti.Tindakan aku dianggap seperti cemburu buta dan kongkongan terlampau.
Kebebasan selalu dia tekankan namun aku tetap aspek mana tidak aku berikan kebebasan.Mungkin sebab dia menganggap cinta aku tak ubah suatu persinggahan.Aku tak pernah menyalahkan kaum hawa kerana perpendapat sedemikian.Mungkin jarak menyebabkan dia kesepian.Sama seperti saM aku juga keliru.Aku tak mengonkong cuma berwaspada.Aku tak cemburu biar hati pedih berdarah, cuma menasihati takut yang buruk terjadi.Namun interpretasi dari dia ini adalah tindakan aku cuba mengonkong kerana aku cemburu.Tak mengapa memang hubungan aku tak kekal,tak membawa kemana-mana.
Aku juga seorang yang tak suka dikongkong.Mak abah tak bagi keluar malam-malam tapi aku tak ikut.Mak abah tak bagi main ragbi tapi aku tetap main.Tapi aku tahu semua sebab mereka sayang aku.Mak abah tak nak perkara tak baik jadi kat aku.Mak abah tak nak aku hilang fokus kat pelajaran.Mak abah tak nak aku patah riuk,cedera sana sini dan menyusahkan orang.Sebab sayang,orang yang kita sayang will do everything within their power to ensure we will always safe.Tapi aku,macam bekas teman wanita interpret semua macam mengongkong.Tapi as I grow I learnt that it won't give me any bad effect if I follow their advise.
Freedom belong to everyone.However everyony should think wisely and adhere to rules and restriction issued on them before take any action.Rebellious is not the best way to fight for something we called as right.The right thing is to follow the rules and regulations and follow the advises.For those who face this kind of problem,never push your lover nor punish them.Don't dwel on it and discuss about it.It might lead to thousands more solution and a lot more understanding and love.
February 26, 2010 at 4:40 PM
btol dobi~~
ade kebaikan n keburukan..
sdnri yg nilai..
:)