Salam
Kurang 48 jam untuk meraikan Aidilfitri (bukan aidil zafuan).Ramadhan Al-Mubarak berlalu datang Aidilfitri yang dinanti.Siapa yang menanti?Itu yang kite tak taw.Mungkin penerima duet raya,mungkin kaki-kaki ponteng puasa and mungkin budak-budak dan mak bapak yang segak bergaya.Somehow buat yang kehilangan orang yang tersayang, yang baru ataupun lama, tabahkan hati dan majulah kehadapan.
Tak kira usia atau latar belakang,Aidilfitri cuba kita sambut dengan meriah dan penuh kelainan.Pasaraya penuh dengan orang shopping sakan.Uptown pun penuh.Bundle juga penuh.Borong sakan tak kurang meriah.Tidak ketinggalan lorong-lorong dan kedai-kedai sempit.Dari pakaian dalam sampai ke skirting kereta or sport rim motor, semua pun disiapkan untuk beraya.So raya memang meriah.Lebih meriah sebab semua kaum pun celebrate.Tak kisah status dalam strata ekonomi,janji semua boleh makan dan bergumbira.
Ape anda sediakan untuk diri sendiri raya ini?Aku tak buat baju melayu coz fund limited.Furthermore baju last year pun cukup menghelit at least sampai raya haji.T-shirt mahupun shirt juga aku tak beli.Bukan tak menarik cuma memang tak maw beli kot.Sesi beli belah dengan brothers arituh end up dgn selai cotton pants and selai slack.Untuk melengkapkan persiapan Aidilfitri arinih and semalam aku beli syampu head and shoulder juga garnier for men,icy scrubs.Rasenye cukup berseri untuk raya nanti.Tiada kelemumur dan juga bintik hitam.Serupa tagline iklan toiletries.
Anyway tak maw sentuh pasal pemakanan coz belum raya lagi makan da heaven kat rumah.bubur pulut hitam da dapat,kuah durian juga dapat and next kuih2 and kek2 sempena raya.Cukup syarat tuk naek berat badan.Bersempena dengan pos nih aku nak ucap selamat hari raya.Aku gak nak susun 10 jari pohon maaf zahir dan batin.If ad termakan biskut ker,roti ke,terambil paper,mintak halalkan.Let's say nak tuntut jumpa lepas raya.Untuk yang menuntut nak rasa masakan aku pun lepas raya.Ingatkan selalu.Bagi yang diperantauan, maybe nex year beraya di Malaysia lak.Untuk abang2 dan akak2 graduan ICT and BIS batch Jan06, boleh ringan-ringankan beban kitorang dengan sedikit duit raya.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Renung-renungkan dan selamat beramal
Wednesday, September 8, 2010