"Bertepuk tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Mengikut rentak gendang
Berjoget dengan riang
Bertepuk tepuk tangan
Bertepuk jangan segan
Berjoget dengan girang
Hidup menjadi senang "
Salam....
Demikianlah 2 rangkap lagu nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang bertajuk Joget berhibur. Menepuk tangan merupakan salah satu daripada cara termudah untuk menghasilkan bunyi dan perbuatan ini amat sinonim dengan perasaan gembira dan senang hati.Ada juga pepatah Melayu menyebut yang bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi.Realitinya anda perlu cuba sendiri.Dari segi definisi bertepuk sebelah tangan boleh dedinifisikan sebagai sesuatu yang agak sia-sia.Secara fizikalnya sendiri agak sukar bertepuk sebelah tangan (kecuali 'give me 5'.tepuk sebelah tangan kita dengan kawan).Andai anda punya jari yang panjang atau tapak tangan yang lembut dan mampu bertepuk sebelah tangan, juga mustahil untuk bunyi terhasil.
"Cintaku bertepuk sebelah tangan....." - Dewa,Pupus
Fenomena biasa yang dialami oleh lelaki yang mentah dialam percintaan.Biar kita punya banyak ilmu dan pengalaman, kita juga tak terlepas dari menjadi mangsa cinta yang tak bersahut.Keadaan ini kadangkala jauh lebih menyayat hati berbanding cinta yang putus ditengah jalan (jangan bunuh diri ditengah jalan dah la.).Keadaan ini boleh membawa kepada putus kawan,kurang keyakinan diri dan kehilangan maruah diri.Kenapa perkara ini berlaku?Jangan menuding jari kearah satu pihak.Si penyemai cinta mungkin salah mentafsirkan setiap respon dan reaksi penyambut diseberang sana.Menidakkan kebarangkalian bahawa si penyambut adalah seorang yang mudah mesra memburukkan lagi keadaan.Tambahan pula jika si penyambut punya kisah cinta yang menyayat hati atau memang seorang yang punya pendirian yang kukuh dan teguh.Seperti si penyemai, si penyambut juga mungkin salah dalam menafsir setiap gerak 'tari' si penyemai.Dia mungkin menyangka ianya adalah sekadar gurauan mesra yang tidak memberi sebarang makna.Si dia tanpa berfikir panjang menyokong sahaja tindakan si penyemai tadi.
Aku juga tak terlepas dari jerangkap samar.Kalau dimedan tempur kita mungkin berdepan peluru tak bermata begitu juga cinta.Cinta tak mengira sebarang faktor mangsanya.Kekecewaan disebabkan perkara ini memang tidak boleh dinafikan.Gangguan emosi dari kegagalan lepas memeburukkan lagi keadaan.Kebenarannya aku belum lagi menabur benih-benih itu namun kemesraan yang wujud mula aku tafsirkan seperti permulaan yang baik sebelum ke tahap kedua dan seterusnya.Ada die menyebut untuk menghormati pegangan dan cita-citanya,begitu juga aku namun peringatan seterusnya dari dia seumpama bom yang jatuh di Hiroshima dan Nagasaki.Aku mengerti niat dia yang tidak mahu aku kecewa dimasa depan namun dipihak aku ia dedinisikan dengan ketidak sediaan dia untuk menerima benih-benih cinta ini.
Pada aku selama ini aku yang terperangkap dalam permainan sendiri.Aku tidak menyalahkan dia atas apa yang berlaku.Apa yang pasti aku masih lagi naif dan matang dalam kehidupan penuh ranjau berduri di dunia ini.Aku cuba berfikir warasa selepas menerima tamparan itu.Adalah menjadi lumrah bagi diri aku untuk menjauhkan diri dari insan yang mana aku mengalami kekecewaan.Kali ini tidak.Aku seperti sudah mati hati ini.Aku masih mencintai Tuhanku,agamaku dan Rasulku.Tapi aku pun tak pasti.Aku kerap terperangkap dalam imaginasi permainan sendiri.Aku membunuh diri tanpa disedari.Aku hilang semangat,kepercayaan diri dan fokus.Satu permasalahan yang sangat kompleks untuk minda seperti aku selesaikan.Hati yang tidak cekal memburukkan lagi keadaan.Aku sememangnya lemah.Hati aku mudah benar kecewa dan tumpas didalam perperangan.Aku tak punya semngat juang untuk menawan dia biarpun si dia benar membuat aku rasa senang dan selesa.Persetankan semua perasaan ini.Apa yang tinggal hanya masa silam yang penuh kegembiraa.Pershabatan masih berterusan cuma kemesraan itu mungkin telah mati.Tawar hati.Hati mati.Kecewa sang pencinta.
September 5, 2009 at 1:22 AM
uik?
jgn terus mengaku kalah mcm tu je ok