Salam

Buat seketika aku menarik diri dari arena penulisan blog.Tidak terlalu singkat juga tidak terlalu lama.Rindu?Ya rindu itu yang kembali mengetuk pintu hati aku untuk kembali mencoret kisah hidup disini.Aku sudah muak dan jelik dengan cerita politik Malaysia.Negara kecil,parlimen besar.Kepimpinan baru sibuk memperbetulkan apa yang sudah salah dimsasa lepas.Aku juga benci dengan propaganda barat yang mengharu-birukan dunia.Disana mereka ceroboh konon ingin mewujudkan keamanan.Dalam diam mereka cuba campur tangan di tempat lain.Terlalu bangga dengan kuasa.

20 Ogos aku melangkah setahun lebih tua dari sebelumnya.Hidup ada masa tak adil dan kejam.Pembalasan.Perkataan itu yang aku pegang atas segala permasalahan yang aku hadapi.Rezeki pula petanda ada berkat disebalik usaha aku selama ini.Sebelum aku pergi menjengah Jenan aku dah terima hadiah hari lahir.Sebelum tengah malam 19 Ogos sudah ada yang mengucapkan selamat hari lahir.Tidak sampai ratusan namun hujan ucapan datang dari teman-teman dijenan.Masih kukuh ingatan ditambah dengan bantuan ruang sosial di alam siber.Teman-teman dari UTP juga tidak melupakan aku.Terima kasih buat semua yang memberi ucapan.Semoga kita dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.Amin.

Sekarang aku dirumah.Menenangkan fikiran.Kacau bilau.Itu roman fikiran aku.Kerja dan masalah dirumah memang membingungkan.Mujur ada teman-teman dari pelbagai tempat untuk aku berkongsi masalah.Keluarga merupakan satu jalan keluar yang baik.Dirumah suasana lebih tenang dengan persefahaman yang lebih tinggi.Masa dihabiskan dibawah selimut pagi ini.Baru malam tadi pergi menikmati makan malam di pondok pizza.Sedap tapi harga sedikit mahal.Apa pun yang terjadi, untuk 72 jam lepas aku gembira.Abang-abang di tempat kerja, keluarga dan teman-teman membuatkan aku tenang dari masalah seketika.Akhir kata selamat berpuasa.Jangan ponteng dan jangan lupa tarawih.Berjimat semasa puasa supaya kaya bila raya.

date Saturday, August 22, 2009

6 comments to “usia,ramadhan dan masa depan”

  1. Suraya I.
    August 22, 2009 at 12:55 AM

    besday ko smlm?
    npe ak xtau ? (O.o)?

    hepy belated besday weyh~

  1. Unknown
    August 22, 2009 at 12:59 AM

    aku tggu ko wish
    tpi ko kijam terhdap aku
    haiyak!!!(karate tengkuk)

  1. Suraya I.
    August 22, 2009 at 10:16 AM

    aiyok~~
    mane tau~
    ko xsound ak ish ish

  1. ayun
    August 22, 2009 at 10:29 AM

    abg dobiiii.ta tawu pun ur bufday!!! uhhh.uhh..na nanges. am i da last person to wish u?? heppy belated bufday!!!
    huhu..
    bufday kta sama bukan? in august.hee

  1. Unknown
    August 22, 2009 at 11:38 AM

    ko mmg suraya
    klo ak sound tuh da cm desperate

  1. Unknown
    August 22, 2009 at 11:38 AM

    owh
    at the moment ko ang la last
    tp klo ad orang laen
    die la yg last
    same2
    ogos