salam....
semalam aku berduka...
aku serba kekurangan
aku kurang profesionalisme...
aku kurang mahir mengawal emosi...
saat itu juga
aku sedar dalam diam aku menikam....
menikam dari belakang harapan yang baru mahu bernafas
aku seperti mahu membunuh
hubungan yang belum pun lagi mekar bunganya....
tapi hari ini
mentari kembali bersinar...
yang keruh kembali jernih..
kami buka semula lembaran semalam
kami tutup noda hitam dengan helaian putih
kami corak helaian itu dengan manis bicara
kami warna dengan gelak tawa
kami serikan dengan panggilan manja
namun begitu aku cuba menduga....
kelak adakah dia sudi kiranya
menerima aku seadanya..
andai aku tidak kaya dengan harta
bukan berpangkat tinggi seperti pembesar raja
................
bersambung.......

date Monday, August 3, 2009

2 comments to “turun naik”

  1. Suraya I.
    August 6, 2009 at 8:09 PM

    ehem apekah ini?
    XD

  1. Unknown
    August 6, 2009 at 9:01 PM

    ngaaaa
    aper ek?
    ak pn xtaw