Salam...

Sebuah novel hasil nukilan Ramlee Awang Murshid,seorang novelis 'thriller' yang terkenal di Malaysia.Noktah bagi satu trilogi cerita yang bermula dengan Cinta Sang Ratu dan diikuti dengan Bagaikan Puteri.Hijab Sang Pencinta menjadi titik akhir bagi perjalanan seorang laksmana bernama Saifudin.Terbuang dari Tanah Melayu,anak kelahiran Punggor merantau ke Sumatera untuk mencari ilmu dan menabur bakti.Namun hati anak mana yang lupa akan keluarga lebih-lebih lagi terhadap ibu.Sepanjang perantauan lelaki bergelar Laksmana Sunan ini menempuh pelbagai dugaan oleh kejahatan yang ditunjangi Taghut.

Taghut adalah makhluk derhaka yang cuba mencabar ALLAH dengan menyebar kejahatan ke seluruh alam.Namun kejahatan bukanlah kuasa sebenar kerana kebaikan jugalah yang akan menang.Satu persatu buah catur Taghut ditewaskan.Dari Nyi Bung Kelara,Maharani dan akhir sekali Manggala si serigala jadian.Kembali ke Punggor beliau membantu pula Tun Mutalib untuk mendapatkan semula anaknya dan roh isterinya yang ditawan oleh seorang puteri dari Majapahit.Laksmana Sunan seorang yang warak dan sentiasa takut dan percaya dengan kekuatan ALLAH.Dari ilmu yang dipelajari dan ketakwaan terhadap ALLAH, dia dikurniakan dilindungi sepanjang perjalanan membanteras kejahatan.

Nukilan hebat dari Ramlee Awang Murshid akan membawa kita jauh ke zaman Kesultanan Melayu Melaka.Unsur-unsur keagamaan pasti membuat kita insaf dan sedar bahawa sesungguhnya ALLAH itu yang Maha Kuasa dan tidak ada makhluk lain perlu disembah melainkan-Nya.Dapatkan segera!!!!!

date Wednesday, December 31, 2008

1 comments to “Hijab Sang Pencinta”

  1. Encik Jurassic
    December 31, 2008 at 8:35 PM

    dobi,bile lak kau kerja mempromote novel ni?
    :P